Tuesday, June 28, 2016

pernikahan bajet bajet

Cerita tentang pernikahan aku ?

  Okey , pernikahan aku cuma simple . Kos yang rendah dan kos yang tak membeban kan kami lepas kawin .

   Kira kira semula ...

kursus pra-kahwin= rm80*2(selangor)
ujian Hiv =rm1*2(kerajaan)
tok kadi=rm160
saksi=rm20*2
cincin=rm300(cincin biasa je)
kenduri=rm1000
Total=rm1662 

Itu pun family aku tak mintak hantaran , sebab aku perempuan bab kata bapa aku nak lepaskan tanggungan .. huhuhu
islam itu mudah tetapi kita yang menyusahkannya ,
Tengok sekarang kami tak susah nak cari makan minum dan tempat tinggal selepas kahwin ni , memang aku ada keinginan nak wedding besar besaran macam artis semua , fikir-fikir kita akan hidup lebih lama selepas berkahwin ni , mana yang lagi memerlukan duit ? of course lepas kahwin , that's why aku pilih jalan mudah,ringkas dan tak beban . Alhamdulillah kami tak kesempitan kewangan , bukan nak cakap En hubby kaya atau miskin tapi ini laa rutin harian lepas kawin . Selepas kawin lagi banyak memerlukan duit . tengok sekarang Allah beri aku rezeki iaitu zuriat , kalau laa aku bodoh dulu nak buat meriah dalam perkahwinn dbuatnya aku bunting pelamin satu hal lagi nak fikir duit , En hubby aku bukan terlampau kaya cume kerje biasa meniaga pizza je .. dengan izin dan rezeki dari Allah aku tak perlu fikir semua tu . cuma kami fikir kos bersalin , nafkah aku , barang dapur dan berkenaan dgnnye , nak asingkan kos kos tu . Allahmdulillah Allah permudahkan . Kami tak memikir pasal duit cuma fikir nak bijak berbelanja . Indah sungguh perkahwinan , Allah memberi suami yang memahami dan penyanyang . Kalau niat kita betul Allah permudahkan , lagi pun aku sudah pun laksanakan sunah rasulullah dan menghalalkan sesuatu yang Allah redha . Ingat keredhaan Allah terletak keredhaan Ibubapa .
Apa-apa hal minta restu ibubapa . Dan para ibubapa luaskan fikiran untuk menghalalkan sesuatu yg Allah redha untuk anak . Elakkan maksiat dan mencegah dari lahirnya anak luar nikah .



 

Bahagia bersama tersayang walaupun kami baru timbul rasa cinta dan rasa keindahan selepas kahwin . Syukur dengan pemberian Allah . kehadiran anak dan kehadiran suami membuat aku bertambah kuat . walaupun En hubby sama baya dengan aku 21 tahun kami dapat memberi kefahaman yang sama . Syukur

0 comments:

Post a Comment